Pages

Monday, October 22, 2018

Tempat riadah yang menyeramkan

Assalammualaikum....

Hari minggu yang lalu saya, hubby & anak yang bongsu bercadang hendak berjogging di tempat yang agak jauh dari tempat tinggal, kerana setiap kali lalu disitu ramai pengunjung & tempat parking pun penuh, mesti tempatnya best kan.

Sebelum pergi survey dulu dekat internet, semua gambar yang dipaparkan memang cantik, membuatkan tak sabar nak pergi.

Hari yang di tunggu pun tibalah, selepas balik dari solat dekat masjid tak tidur seperti selalu, takut nanti terlambat nak gi jogging, klu dah lambat mesti panas. Tempat yang dituju ialah Taman Lembah
Bukit SUK Shah Alam.


Sunrise pada pagi tu, dari tingkap rumah, menandakan cuaca cantik pada hari tu

Sampai saja cari parking, nasib baik ada satu tempat parking yang kosong, pukul 7.30 pagi pun parking dah penuh. Buat stretching sikit-sikit, terus ajak anak jalan dulu, tinggalkan hubby yang sibuk dengan earphonenya. Ada satu kumpulan buat senaman earobik, di kawasan yang lapang.

Saya dan Aby pun mulalah lari-lari anak, apabila sampai di trek jogging tak tahu nak tuju kemana, terpaksa tunggu hubby. Trek untuk jogging sangat menyeramkan sebab kiri kanan hutan aje. Kami pun jogging ikut langkat kaki, sebab tak ada tanda arah, dah lah kawasannya sunyi, atas trek pulak ada banyak buah hutan yang jatuh dan busuk. Saya memang tak kurang senang dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan ni. Sepanjang jogging tak nampak pun orang yang berselisih dengan kami. Kami tak sure trek ni sampai ke mana sebab kalau diikutkan keadaan tempat trek ni akan menuju ke tanah perkuburan Diraja. Langkat diteruskan rupa-rupanya adalah jalan mati, bayangkan lah, dah lah kiri kanan hutan, sunyi, tiba-tiba jalan mati. Kenapalah buat tempat riadah yang macam ni, jadi tempat orang nak buat maksiat, siap ada wakaf lagi. Bahaya, bahaya

Kami terpaksa ikut shortcut, naik ke jalan besar ke SUK, bertapak cari jalan ke taman tu, hubby lah yang cari sebab saya dengan Aby duduk tepi tugu negeri, dah penat dan berpeluh. Nasib baik ada jalan yang dicari, terus menuju ke parking kereta sebab sangat kecewa dengan keadaan taman ni. Nyamuk jangan cakap lah, banyak betul. Mungkin ini lah kali terakhir saya akan kesini. Memang sepanjang di trek tu saya tak compaint apa-apa sebab takut, nanti ada yang ikut.


Walaupun tak berapa suka taman ni gambar kenangan tetap wajib

.
Di tasik ini kami nampak biawak sedang berenang


Selamat tinggal Taman Lembah Bukit SUK, harap pihat berkuasa tempatan akan lebih perihatin dengan keadaan taman ni.








3 comments:

  1. ishh..kalau track mcm tu JM pun seram..tiba2 plak jalan mati..kenapa org suka sgt joging kat sini..kalau JM pun..ni first n last la baik g joging tempat lain

    ReplyDelete