Pages

Wednesday, November 17, 2021

KEHILANGAN YANG DIRINDU


Tanggal 4 October 2021 pergi nya seorang yang saya panggil mak...iaitu mak mertua saya, Hajjah Saonah Binti Haji Sirat

Sepanjang saya bergelar menantu tidak pernah sekali pun beliau memarahi saya.....

Begitu besar pengorbanannya....melahirkan 12 orang anak (4 perempuan dan 8 lelaki),
Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan berjaya dalam hidup....Alhamdulillah....




Dalam Kenangan (1939 - 2021)
AL-Fatihah
 


Thursday, March 11, 2021

NIPPON SUSHI - SEKSYEN 14 SHAH ALAM

 


Assalamualaikum

Kadand-kadang kita jadi buntu kan nak makan apa, kalau tanya suami mesti kedai mamak aje

Hari ni tekak teringin nak makan, makanan Jepun....Jom lah kita ke NIPPON SUSHI

Terletak di Seksyen 14, Shah Alam, depan Hospital Avisena.

Nippon Sushi ni, pemiliknya orang Islam, dia ada beberapa cawangan seperti di Kelana

 Jaya, Bangi, so kita tak risau sangat status Halalnya.




Ini set ada unagi salai, sup, nasi dengan ikan tuna



Ini set ikan salmon, nasi, sup & sayur goreng


Ini set bento, ada unagi, udang tempura, sup & nasi


Set ni nasi, daging masak apa tak dengan sup

Sushi tak sempat ambil gambar sebab tengah sibuk  melantak, tapi semua sushi yang dipilih 

ada ikan mentah atau telur ikan.

Selasai makan, anak-anak sibuk tolong kirakan bill, dia orang cakap mesti lebih RM300.00 

ini, tapi bila suami bayar tak sampai pun RM300.00

Murah, sedap, kita support business bumiputera kita....Allhamdulillah, kenyang....

Thursday, December 17, 2020

Jom....Lemang Toki BENTONG

Assalammualikum


Pada cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor baru-baru ini suami mencadangkan untuk sarapan dekat Lempeng Janda Baik, tapi sebab dekat Janda Baik ada kes Covid 19, kami terus ke Bentong....perkena lemang Toki.

Sepanjang perjalanan cuaca sangat cantik, redup aje, jalan pun clear. 




Jalan yang clear, melancarkan perjalanan


Hati berdebar-debar gak takut dekat Tol Gombak ada road block, rupanya dah tak ada, sebab masa pergi Kuatan awal bulan ari tu ada road block, tapi masa tu ada surat....ini saja-saja aje nak berjalan tu yang takut tu.


Jalan clear maknanya tak ada road block lah tu


Lemang Toki ni ada 2 tempat, kedai yang pertama tu tak jauh dari tol, lebih kurang 5 minit aje.Lagi satu tu kedalam lagi lebih kurang 15 minit dari tol kalau jalan tak jem lah....sebab kena melalui Pekan Bentong. Kalau nak rasa lebih kekampung kena pergi kedai yang jauh sikit sebab dia bakar lemang dekat situ.....layan gambar aje lah...




Banyak macam tu pun sampai turn, dapat tapau 2 batang aje....tak cukup....


Ayam panggang pun ada jugak

Jom menjamu selera....yummy

Berbaloi pergi jauh-jauh untuk sarapan sebab memang my favourite....

Wednesday, October 21, 2020

BIRTHDAY DHIA DELISHA


Assalammualikum.....Dah lama betul tak menjengak blog, time boring dan tak banyak kerja ni boleh lah update blog sekejap.

Hari ni nak citer pasal birthday anak buah yang ke-2 tahun....Dhia Delisha

Birthday nya 16.10.20 hari Jumaat tapi jamuannya buat hari Sabtu. Buat parti kecil-kecil aje sebab MCO kan. Itu pun takut gak nak pergi sebab nak kena naik kereta 4 orang, nasib baik kereta tinted gelap gila.

Hidangan untuk tetamu ialah steamboat, kambing bakar, ayam bakar dan kuih muih.


Dhia Delisha


Masa sesi potong kek dia boleh pulak gosok mata sepangjang orang menyanyi kan untuk dia....malu kononnya.

Mama Zila doakan semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yang baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta. Dikurniakan segala kebaikan dan hajat di dunia dan akhirat



Sunday, March 17, 2019

Cuti-Cuti CNY (5 & 6 February 2019)

Assalammualaikum......

Semperna cuti Chinese New Year yang panjang, hubby awal-awal dah warning klu nak gi holiday jangan pergi tempat yang jem dan jauh-jauh....so dalam otak terfikir nak try stay dekat KL

Nak menikmati malam di KL, tengok panorama malam dengan cahaya lampu yang bergemerlapan sana sini di bangunan tinggi.

Booking homestay melalui Airbnb di Desa Pandan untuk 2 hari 1 malam sahaja sebab ramai yang tak ambik cuti extra.

Check in aje budak-budak dah sibuk nak mandi dekat pool dan berebut cari katil, tak sempat nak ambik gambar di dalam apartment.

Kami sewa Sentrio Apartment dekat Desa Pandan....Apartment nya bersih, pemandanagn KL jelas, ada roof top lagi...boleh dicuba untuk bercuti

Layan gambar dekat pool dan panorama malam dari Sentrio Apartment aje lah ya....


Pool yang terletak dekat tingkat 9

Main baling bola

Yang memenuhkan pool kita org aje

siap sedia nak buat terjunan bebas

Mandi sambil menikmati panorama KL

Budak kecil ni pun mandi juga

Atok perhati cucu2 mandi

Nenek pun sama, tukang perhati

Dah tak tahan kesejukan

Lepas menangis, pujuk tengok lampu

Budak tak pandai buat peace

Adik tak fokus dekat kamera

Nak gak bergambar dengan family

Sekian lah percutian kami sempena CNY tahun 2019






Monday, October 22, 2018

Tempat riadah yang menyeramkan

Assalammualaikum....

Hari minggu yang lalu saya, hubby & anak yang bongsu bercadang hendak berjogging di tempat yang agak jauh dari tempat tinggal, kerana setiap kali lalu disitu ramai pengunjung & tempat parking pun penuh, mesti tempatnya best kan.

Sebelum pergi survey dulu dekat internet, semua gambar yang dipaparkan memang cantik, membuatkan tak sabar nak pergi.

Hari yang di tunggu pun tibalah, selepas balik dari solat dekat masjid tak tidur seperti selalu, takut nanti terlambat nak gi jogging, klu dah lambat mesti panas. Tempat yang dituju ialah Taman Lembah
Bukit SUK Shah Alam.


Sunrise pada pagi tu, dari tingkap rumah, menandakan cuaca cantik pada hari tu

Sampai saja cari parking, nasib baik ada satu tempat parking yang kosong, pukul 7.30 pagi pun parking dah penuh. Buat stretching sikit-sikit, terus ajak anak jalan dulu, tinggalkan hubby yang sibuk dengan earphonenya. Ada satu kumpulan buat senaman earobik, di kawasan yang lapang.

Saya dan Aby pun mulalah lari-lari anak, apabila sampai di trek jogging tak tahu nak tuju kemana, terpaksa tunggu hubby. Trek untuk jogging sangat menyeramkan sebab kiri kanan hutan aje. Kami pun jogging ikut langkat kaki, sebab tak ada tanda arah, dah lah kawasannya sunyi, atas trek pulak ada banyak buah hutan yang jatuh dan busuk. Saya memang tak kurang senang dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan ni. Sepanjang jogging tak nampak pun orang yang berselisih dengan kami. Kami tak sure trek ni sampai ke mana sebab kalau diikutkan keadaan tempat trek ni akan menuju ke tanah perkuburan Diraja. Langkat diteruskan rupa-rupanya adalah jalan mati, bayangkan lah, dah lah kiri kanan hutan, sunyi, tiba-tiba jalan mati. Kenapalah buat tempat riadah yang macam ni, jadi tempat orang nak buat maksiat, siap ada wakaf lagi. Bahaya, bahaya

Kami terpaksa ikut shortcut, naik ke jalan besar ke SUK, bertapak cari jalan ke taman tu, hubby lah yang cari sebab saya dengan Aby duduk tepi tugu negeri, dah penat dan berpeluh. Nasib baik ada jalan yang dicari, terus menuju ke parking kereta sebab sangat kecewa dengan keadaan taman ni. Nyamuk jangan cakap lah, banyak betul. Mungkin ini lah kali terakhir saya akan kesini. Memang sepanjang di trek tu saya tak compaint apa-apa sebab takut, nanti ada yang ikut.


Walaupun tak berapa suka taman ni gambar kenangan tetap wajib

.
Di tasik ini kami nampak biawak sedang berenang


Selamat tinggal Taman Lembah Bukit SUK, harap pihat berkuasa tempatan akan lebih perihatin dengan keadaan taman ni.








Thursday, September 20, 2018

Perjumpaan Yang Tak Dirancang




Last week kawan-kawan buat whatsApp group baru untuk pioneer student SRK Seksyen 17, Shah Alam, start buat group tu sampai lah ari ni, group tu memang aktif sangat, semua kenangan zaman sekolah keluar, I like it....

Ada kawan-kawan yang jadi doktor, cikgu, engineer, artis, pensyarah, businessman...cuma saya aje yang kerani cabuk...semalam kawan yang doktor tu turun ke Shah Alam dari Kota Bharu, so kita orang pun plan nak jumpa dengan dia, sebab hampir 25 tahun tak jumpa dengan beliau....rindu sangat. 

Tempat perjumpaan tu di Antan Batura Watersports dekat Tasik Shah Alam pada pukul 9.30 malam.
Saya ni sebenarnya susah hendak dapat perlepasan dari hubby untuk berjumpa,mengeteh atau apa-apa yang melibatkan perjumpaan kawan-kawan...tetapi hari ini bila saya cakap dengan hubby terus dia setuju (sebabnya dia pun join sekali, selalu tu tidak melibatkan hubby). Happy nya tak boleh nak cakap, senyum sampai ke telinga.

Sebelum pergi tu saya berbuka puasa (puasa hari asyura) dahulu dengan family di Nurin Rasa's Restoran di Padang Jawa, setelah anak-anak kenyang baru rasa lega nak tinggal kan, untuk bersosial....hahahaha

Dalam perjalanan tu tak sabar rasanya nak jumpa dengan kawan-kawan...hubby pulak bawa kereta pelahan sebab hujan, takut nak suruh cepat, nanti mode dia berubah lak...baik diam saja....bersabar aje lah janji sampai.

Sampai saja saya terus peluk kawan yang doktor tu sebab rindu sangat....ramai gak kawan-kawan yang lain dah sampai. Dari sampai hingga balik saya jadi tak tentu arah, sekejap nak dengar citer kawan ni, sekejap nak dengar kawan yang tu...Ya Allah...seronok sangat kenang zaman sekolah rendah dahulu. 

Biasa lah dah jumpa ramai-ramai tu adalah yang hantu selfie...saya dah lah tak pandai nak bergaya, jadinya sengih aje lah...

Jom layan gambar-gambar yang diambil 

Yang depan tu hantu selfie, sekejap2 suruh orang senyum, suruh pandang dia...tapi ini yang memeriahkan lagi suasana

Ini antara kawan lelaki yang datang

Saya tu macam orang tengah fikirkan masalah negara aje

Sukanya saya masa ni, mungkin sebab duduk sebelah artis kot (tudung coklat tu penyanyi Rozita Azlin)

Ini gambar sebelum berpisah

Yang lelaki macam berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negara ku aje...tengok perempuan posing abis...terutama artis kita tu

Ya semua happy masa ni....

Saya rasa macam bermimpi sahaja....kenangan yang tak akan dilupakan...sampai kita semua berjumpa....bye...bye semua