Pages

Thursday, August 30, 2018

Kuantan Trip (24 - 26 August 2018) - Part 1



Asssalamualaikum,

   Trip ke Kuantan kali ini mempunyai misi khas, jadi emak, abah, adik lelaki dan 3 orang anak buah terpaksa ikut. Kami bercadang untuk bertolak seawal pukul 5.00 pagi tapi apa kan daya terlambat bangun sebab tidur lewat semalam, menyediakan bekalan untuk perjalanan kami nanti. Sudah lah lewat kejutkan anak-anak punyalah susah, menyebabkan mama naik angin.

   Setelah settle semuanya kami pun bertolak pukul 5.45 pagi. Berhenti sekejap untuk menunaikan solat subuh di Petronas tepi highway berdekatan Damansara. Nasib kami baik sebab kendaraan belum terlalu banyak pada pagi itu. Tujuan kami bertolak awal kerana ingin melihat pemandangan awal pagi di sepanjang jalan dari Sempah ke Bentung. Tetapi pada hari tu mungkin cuaca yang panas dan sedikit jerebu menyebabkan tiada kabus yang menyelubungi gunung ganang di situ. Sedikit kecewa, tapi tak apa bukan rezeki kami.

   Kami berhenti di RNR Temerloh untuk bersarapah dan meluruskan badan yang letih. Saya perkena nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang, sedap dan wangi aje baunya. Suami cakap harga makanan di sini lebih murah daripada highway kendalian Plus.


Budak ni kalau suruh sarapan memang susah, kena paksa

   Setelah semua comfirm kenyang kami pun memeruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Kami sampai di tol Gambang dalam pukul 9.30 pagi, terus menuju ke Homestay Tamu Orkid di Indera Mahkota. Homestay nya mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air, pemiliknya orang Islam, so tak ada was-was. Walaupun masih awal tetapi owner nya membenarkan kami check in awal, itu bagusnya kalau kita menyewa dengan melayu, bertimbang rasa. 

Ini homestay yang kami tinggal, lupa nak snap gambar masa di sana


    Tengah hari tu kami lunch bekal yang dibawa iaitu ayam tua masak merah dan sayur goreng, cuma perlu masak nasi sahaja. Selepas solat Jumaat kami semua menuju ke Teluk Chempedak (TC) untuk beriadah, walau pun hari berkerja tetapi orang tetap ramai. Suka dengan pantai nya yang bersih sahaja. Semasa di TC kami dikacau oleh seekor monyet yang jahat, nasib baik dia tak cakar muka mama, klu tak monyet tu saja cari nahas lah. Belanja gambar dulu ya.


Aby dengan Am tengah cari ketam

Sai panas-panas pun berkot

Ini mesti tengah berbincang esok nak pergi mana

 Soleh dan Izzati 

Mama bersama orang tersayang

Penat duduk di tepi pantai emak belanja MCD, ancik belanja ice cream

 Selesai beridah kami pun pulang ke homestay, kerana malam nya kami ada misi khas kami ke Kuantan. Selepas solat maghrib kami berangkat ke tempat yg dituju. Lupa pulak nama Taman tempat tinggal nya Wawa, tetapi jalan hendak ke airport Kuantan.


Ini lah misi nya, merisik sum meminang untuk adik kami Ancik

Bakal adik ipar Wawa namanya

 Sebelum majlis bermula

Budak ni mewakili mak & ayah dia yang tak dapat pergi

    Pihak kami memberi sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan. Kami dihidangkan dengan makan malam yang sedap, ayam masak lemak, sayur campur, sambal udang petai dan kuih muih.

    Selesai lah tugas kami untuk hari ini