Pages

Sunday, September 2, 2018

Kuantan Trip (24 - 26 August 2018) - Part 2




Assalamualaikum

Okay guys...time for Kuantan trip part 2,

Day 2

   Pagi2 homestay yang kami duduk dah berbau wangi dengan nasi lemak yang kami masak sendiri, lauk sambal sotong kami bawa, budak2 suka lah sebab boleh ambik sotong banyak-banyak, klu beli sotongnya boleh dikira. 

   Tempat yang kami hendak tuju selepas breakfast adalah Cherating, semalam pantai TC ari ni Cherating, confirm sunburn lah budak2 ni nnt. Kami lepak dekat public beach tapi hari tu ada kenduri kahwin oleh orang kampung jadi tak ada tempat untuk buat khemah yang stategik.

 Pinjam buaian Tanjung Inn Resort, nasib baik tak kena marah, kedekut dia punya owner, orang nak tumpang teduh dekat bawah pokok dia pun kena warning, kesian pengunjung yang datang tu.

Pemandangan Royale Chulan Cherating, aim nak duduk dekat sini bila datang lagi

   Disebabkan cuaca yang sangat panas, kami hanya duduk di Cherating sekejap sahaja, itu pun susah nak suruh budak-budak naik dari pantai. Perjalanan diteruskan, hantar anak buah ke rumah kawannya untuk baik ke asrama di Politeknik Muazzam Shah. Setelah settle menghantar anak buah, emak, abah, adik lelaki dan 2 orang lagi anak buah terus pulang ke Shah Alam.

   Disebabkan anak yang ke-2 belajar di Polisas, tak sampai hati pulak nak terus hantar ke asrama kerana semua kawan-kawannya belum balik lagi, so kami pun tidur lagi satu malam di Kuantan. Kami menginap di Greenleaf Hotel.

   Kami bercadang hentdk stay lagi pun ada sebab lain gak, satu kerana nak rasa kenikmatan ABC Special Seha dan malamnya nak dinner di Tanjung Lumpur. ABC Special Seha ini terletak di tepi jalan sahaja, so senang nak cari. Selain ABC terdapat juga wafel, hot chocolate dan lain-lain. ABC dia sedap tapi servis dia kurang memuaskan, lambat sangat. 

Budak ini tak sabar nak rasa ABC yang mengoda sampaikan ayah punya pun dia hendak

 Orang semua dah habis makan baru dia punya sampai, sebab ABC nya terjatuh masa waiter hantar

   Check in dekat Hotel Greenleaf dalam pukul 6.00pm sebab pusing-pusing Bandar Kuantan beli keperluan asrama anak. Lepas maghrib kami terus ke Tajung Lumpur nak pekena ikan bakar. Tak tahu kedai mana yang hendak dituju, so kami cari kedai yang paling ramai pengunjung lah, iaitu Ana Ikan Bakar Petai. Kebersihan okay, surau dia besar dan bersih, tempat duduk banyak, ada play ground lagi. Ingat nak makan ikan bakar pari tapi tak ada pulak, ambik lah ikan merah rasanya. Kami order ikan bakar, sotong goreng tepung, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan tomyam seafood air tembikai. Bagi saya dan suami kesedapannya kalau 5 bintang saya bagi 3 bintang sahaja. Jom saya belanja gambar.

Suasana di Ana Ikan Bakar Petai

Posing sebelum makanan sampai

 Ini sotong goreng tepung belum sampai tapi anak-anak dah tak sabar nak makan

Day 3

   Kami check out awal pagi, terus menuju ke Sungai Kuantan untuk menikmati sarapan pagi di tepi sungai. Tak ramai orang pada pagi itu mungkin hari minggu orang lebih suka sarapan bersama keluarga di rumah. Kami order nasi lemak telur mata dan mee hoon goreng telur mata. Makanan nya boleh tahan sedap, boleh datang lagi lain kali.

Hiasan yang cantik, sayang nak makan

Setelah selesai sarapan, kami terus hantar anak ke POLISAS, dan kami teruskan perjalanan pulang ke Shah Alam. Tengok waze jalan clear...Alhamdulillah



















1 comment:

  1. JM dah lama plan nk JJCM Kuantan tapi x sampai-sampai ada je halangan..ABC tu..adoi terliurrr!!!

    ReplyDelete